Wednesday, 12 December 2012

TUGASAN KRT 3013





NAMA: ZAKIAH BINTI IBRAHIM
 NO MATRIK: D 20112055384
 PROGRAM PENDIDIKAN .SEKOLAH RENDAH FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA UNIVERSITI SULTAN IDRIS,
 TANJUNG MALIM PERAK.
 TUTOR E LEARNING: NADIA AKMA BINTI MOHD ZAKI

MUTIARA KATA

Thursday, 18 October 2012

RENUNGAN BERSAMA


Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.



Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada 
hikmah
 di sebalik kejadiannya.

Saturday, 6 October 2012

SK BUKIT JENUN


sejarah sekolah keb bukit jenun



 Sejarah Sekolah
  Menyedari kepentingan pendidikan untuk anak-anak, beberapa orang penduduk tempatan mengambil langkah untuk mengasaskan sebuah sekolah rendah untuk masyarakat setempat.  Salah seorang dari mereka yang terlibat aktif ialah Encik Md Noor bin Haji Hamid.
            Pertengahan 1940-an, dengan jasa baik Pegawai Daerah iaitu Tuan Haji Mat Isa, penduduk setempat mendapat sebuah berek kastam dan diubahsuai untuk dijadikan sekolah.
            Sesi persekolahan bermula tanpa kemudahan asas yang memuaskan.  Bilangan murid semasa penubuhannya ialah seramai 23 orang.  Guru yang mengajar ketika itu ialah Cikgu Bakar yang bertugas secara sukarela.  Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Stesen kerana kedudukannya yang berdekatan dengan stesen kereta api.
            Menyedari kekurangan pihak sekolah, penduduk Bukit Jenun berusaha memungut derma dari orang ramai.  Antara orang yang berperanan penting memungut derma ialah Sarjan Mat.  Hasil pungutan derma berjumlah hampir RM 1000 digunakan untuk membeli kerusi dan meja serta peralatan asas. 
            Di awal penubuhannya, pentadbiran sekolah dikenali sebagai “Lembaga Didik Sekolah”.  Ahli Jawatankuasa Lembaga Didik Sekolah yang pertama ialah seperti berikut:

Pengerusi
:Tuan Haji Osman binAwang

Setiausaha           
:Tuan Haji Mat Noor bin Mat

Bendahari
:Encik Hamid bin Haji Mat Isa

AJK
:Encik Awang bin Yusuf
:Encik Abdullah bin Abu
:Tuan Haji Yaacob bin Hitam
:Encik Yaakob bin Lebai Noor
Bilangan  murid semakin bertambah sehingga kelas-kelas yang ada tidak dapat menampung peningkatan bilangan  murid.  Atas inisiatif penduduk setempat bersama para guru, mereka telah berjaya membeli sebuah bangunan di tapak sedia ada sekarang dengan harga RM 500 untuk dijadikan kelas.  Sesi pembelajaran berjalan di dua tempat berasingan dan dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bukit Jenun.
            Pada 5 Mei 1957 sekolah mendapat tambahan bangunan baru yang mempunyai 6 buah kelas (KPK572) diikuti dengan pembinaan sebuah rumah guru (KPK 573) pada 1 Februari 1961.  Manakala pada 31 Julai 1961 sekolah mendapat sebuah padang untuk kegunaan murid-murid.  Seterusnya diawal 1968 didirikan pula sebuah bangunan yang menampung 4 buah kelas (JKR 2863).
Upacara pembukaan rasmi sekolah telah dilakukan pada 10 Februari 1968 oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia dan sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun.
            Seterusnya pada awal tahun 1980-an sekolah mendapat tambahan sebuah bangunan tiga tingkat untuk menampung bilangan murid yang semakin ramai.  Manakala pada 1 Mei 1997 pula, sekolah mendapat sebuah rumah guru yang mengandungi 2 unit kediaman (JKR 321) dan diikuti dengan Makmal Komputer pada 10 Januari 2003.

NASYID NASIHAT


Thursday, 27 September 2012

TAKLIMAT e-splkpm e-profile SK BKT JENUN 2012








ADAB DAN AKHLAK DALAM ISLAM


ADAB MAKAN DAN MINUM

1.   Duduk dengan tertib.
2.   Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
3.   Berdoa sebelum dan selepas makan.
4.   Tidak bersandar ketika makan.
5.   Ambil makanan yang hampir dahulu.
6.   Ambil dengan tangan kanan.
7.   Tidak berebut-rebut.
8.   Utamakan orang yang lebih tua ketika mengambil makanan.
9.   Tidak minum sekali gus.
10.Tidak membazir makanan dan minuman.
11.Berhenti makan sebelum kenyang.
12.Ucapkan alhamdulillah.
11.Bersihkan tempat makan.


ADAB DENGAN IBU BAPA :

1.   Menggunakan perkataan yang lembut dan sopan ketika bercakap.
2.   Menyahut panggilan dengan segera.
3.   Rendahkan suara ketika berkata.
4.   Tidak mencela perbuatan mereka.
5.   Membantu ibu bapa.
6.   Menggembirakan hati mereka.
7.   Memandang muka apabila bercakap.
8.   Memilih masa yang sesuai untuk berbual.
9.   Mendoakan kesejahteraan mereka.