ADAB
DALAM ISLAM TAHAP 1
ADAB DAN
AKHLAK DALAM ISLAM :
TAHAP 1
TAHUN 1
ADAB MAKAN DAN MINUM
1. Duduk dengan tertib.
2. Membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
3. Berdoa sebelum dan selepas makan.
4. Tidak bersandar ketika makan.
5. Ambil makanan yang hampir dahulu.
6. Ambil dengan tangan kanan.
7. Tidak berebut-rebut.
8. Utamakan orang yang lebih tua ketika mengambil makanan.
9. Tidak minum sekali gus.
10.Tidak membazir
makanan dan minuman.
11.Berhenti makan
sebelum kenyang.
12.Ucapkan
alhamdulillah.
11.Bersihkan
tempat makan.
ADAB DENGAN IBU BAPA :
1. Menggunakan perkataan yang lembut dan sopan ketika
bercakap.
2. Menyahut panggilan dengan segera.
3. Rendahkan suara ketika berkata.
4. Tidak mencela perbuatan mereka.
5. Membantu ibu bapa.
6. Menggembirakan hati mereka.
7. Memandang muka apabila bercakap.
8. Memilih masa yang sesuai untuk berbual.
9. Mendoakan kesejahteraan mereka.
ADAB BERGAUL DENGAN RAKAN :
1. Mengucap dan memberi salam sesama Islam.
2. Memberi ucapan selamat kepadayang bukan Islam.
3. Guna bahasa yang baik.
4. Bergaul dengan mesra.
5. Beri pertolongan dengan ikhlas.
6. Elakkan bertengkar dan berkelahi.
7. Tidak berbohong.
8. Bersedia memaafkan kesalahan mereka.
9. Segera memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
ADAB DENGAN GURU :
1.
Mengucap salam ketika bertemu guru
Islam.
2.
Mengucap selamat ketika bertemu guru
bukan Islam.
3.
Menggunakan perkataan yang baik.
4.
Bercakap dengan cara yang sopan.
5.
Tidak bertanya perkara yang
menjatuhkan maruahnya.
6.
Bermanis muka ketika berhadapan
dengan guru.
7.
Memilih masa yang sesuai untuk
bercakap atau bertanya.
8.
Mengucapkan terima kasih di atas
pandangan dan pemberiannya.
9.
Tidak membelakangi guru ketika
bercakap.
10.
Tidak bercakap terlalu lama dengan
guru hingga mengganggu tugasnya.
TAHUN
2
ADAB BERPAKAIAN :
1.
Memulakan dengan bismillah.
2.
Membaca doa ketika mamakai pakaian.
3.
Memulakan dengan anggota sebelah
kanan.
4.
Menanggalkan dari anggota sebelah
kiri.
5.
Membaca doa ketika menaggalkan
pakaian.
6.
Menutup aurat.
7.
Mencontoho bentuk pakaian dari sunah
Rasulullah saw.
ADAB BERKENDERAAN:
1.
Memulakan dengan bismillah.
2.
Membaca doa naik kenderaan.
3.
Mula menaiki dengan langkah kanan.
4.
Beratur dan bersopan ketika menaiki
kenderaan.
5.
Memberi keutamaan kepada orang yang
memerlukan.
6.
Tidak mengganggu orang lain.
7.
Mematuhi peraturan jalan raya.
8.
Bertertib di jalan raya.
9.
Pastikan kenderaan berhenti dengan
sempurna sebelum turun.
10.Berhati-hati dan sopan ketika
turun dari kenderaan.
11.Mengucapkan syukur apabila
selamat sampai kedestinasi.
ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH :
1.
Memberi salam.
2.
Mengetuk pintu.
3.
Memelihara penglihatan.
4.
Membasuh kaki.
5.
Meminta izin masuk.
6.
Membaca doa masuk rumah.
7.
Memulakan langkah kanan apabila
masuk dan keluar rumah.
8.
Menutup pintu.
9.
Membaca doa keluar rumah.
ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA :
1.
Menjaga batas pergaulan dan menutup
aurat.
2.
Berkasih sayang.
3.
Hormat menghormati.
4.
Percaya mempercayai.
5.
Memberi salam dan bersalaman ketika
bertemu.
6.
Bermaaf-maafan jika melakukan
kesalahan atau menyinggung perasaan ahli keluarga.
7.
Meminta keizinan apabila hendak
memasuki bilik ibu bapa.
8.
Bermanis muka sesama keluarga.
ADAB DI MASJID DAN SURAU :
1.
Membaca doa menuju masjid.
2.
Memulakan langkah dengan kaki kanan.
3.
Berjalan dengan tenang dan tidak
tergesa-gesa.
4.
Langkah masuk dengan kaki kanan.
5.
Membaca doa masuk masjid.
6.
Mengucap salam kepada mereka yang
berada di dalam masjid.
7.
Niat beriktikaf.
8.
Menunaikan solat sunat tahiyatul
masjid.
9.
Duduk mengadap kiblat.
10.
Tidak mencemari kesucian masjid.
11.
Sentiasa berzikir dan membaca
al-quran.
12.Memulakan langkah keluar dengan
kaki kiri.
13.
Membaca doa keluar masjid.
14.
Berniat untuk datang kembali.
ADAB KE SEKOLAH :
1.
Bangun tidur awal.
2.
Membersihkan diri.
3.
Menunaikan solat subuh.
4.
Memakai pakaian yang kemas dan
bersih.
5.
Bersarapan sebelum ke sekolah.
6.
Membaca doasebelum keluar rumah.
7.
Bersalaman dan mencium tangan ibu
bapa.
8.
Mengucap salam.
9.
Memulakan dengan langkah kanan.
10.Berhati-hati dalam perjalanan
kesekolah.
ADAB BELAJAR :
1.
Menghormati guru.
2.
Menjawab salam guru.
3.
Membaca doa penerang hati.
4.
Belajar ilmu yang bermanfaat.
5.
Duduk dengan sopan.
6.
Memberi tumpuan kepada pengajaran
guru.
7.
Menunjukkan minat ketika belajar.
8.
Sabar ketika belajar.
9.
Membuat ulangkaji.
10.Menyiapkan kerja-kerja sekolah.
11.Tidak membuat bising dan
mengganggu kawan.
12.Melibatkan diri dalam aktiviti
pembelajaran.
ADAB MEMBAWA DAN MENYIMPAN AL-QURAN:
1.
Suci daripada hadas kecil dan hadas
besar.
2.
Memengang Al-Quran dengan tangan
kanan.
3.
Memuliakan Al-Quran dengan menyimpan
di tempat yang bersih, tinggi dan selamat.
4.
Membawa dengan penuh sopan dan
tertib.
ADAB MEMBACA AL-QURAN :
1.
Bersugi.
2.
Suci daripada hadas kecil dan hadas
besar.
3.
Khusyuk dan tawaduk.
4.
Mengambil pengajaran dari Al-Quran.
5.
Membaca dengan tertib dan bertajwid.
6.
Mengadap kiblat.
7.
Menutup aurat.
8.
Membaca istiazah dan basmalah.
9.
Berdoa selepas membaca Al-Quran.
TAHUN
3
ADAB MENGHIDANG MAKANAN DAN MINUMAN :
1.
Menutup aurat.
2.
Menggunakan peralatan yang elok dan
bersih.
3.
Menyediakan alas untuk hiding.
4.
Menghidang makanan yang bersih dan
suci.
5.
Membawa dan menghidang makanan
dengan tertib dan sopan.
6.
Mula menghidang dari sebelah kanan.
7.
Memastikan makanan dan minuman
mencukupi.
8.
Tidak menghidang dan mengangkat
makanan
9.
Mempersilakan tetamu menikmati
hidangan.
10.
Bermanis muka.
11.
Mengutamakan orang yang lebih tua.
12.Meminta izin mengangkat bekas
makanan dan minuman.
ADAB BERCAKAP DENGAN RAKAN:
1.
Mengucap atau menjawab salam ketika
bertemu.
2.
Menggunakan bahasa yang lembut
ketika bertemu.
3.
Tidak mengeluarkan kata-kata yang
menyakitkan hati.
4.
Berbual perkara-perkara yang
disenangi oleh rakan.
5.
Jauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan
maruah.
6.
Mengucap tahniah diatas kejayaannya
7.
Mengucap takziah ketika rakan rakan
ditimpa musibah.
8.
Memberi perangsang dalam menjalani
kehidupan hariannya.
9.
Tidak berbisik ketika dalam majlis
yang mempunyai tiga orang.
10.
Tidak memanggil dengan gelaran yang
tidak disukainya.
ADAB MELAYAN TETAMU:
1.
Bermanis muka ketika dikunjungi
tetamu.
2.
Menjawab salam tetamu
3.
Mempersilakan tetamu masuk dan
duduk.
4.
Berbual mesra dengan tetamu.
5.
Elakkan persoalan yang menimbulkan
6.
Sediakan hidangan kepada tetamu.
7.
Menjemput tetamu makan atau minum
hidangan yang disediakan.
8.
Makan bersama tetamu.
9.
Menunaikan hajat tetamu.
10.Mengiringi tetamu balik
11.Menyediakan kemudahan yang baik apabila
tetamu bermalam dirumah.
12.
Memakai pakaian yang bersih dan
kemas serta menutup aurat.
13.
Tidak mengganggu ketenteraman
tetamu.
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT :
1.
Bersegera menziarahi orang sakit.
2.
Mendoakan agar segera sembuh.
3.
Memendekkan masa menziarahi pesakit.
4.
Bertanyakan hal pesakit kepada
keluarganya.
5.
Memberi semangat supaya sabar dan
tabah menghadapi musibah.
6.
Mengingatkan dengan ucapan
lailahaillallah sekiranya pesakit dalam keadaan nazak.
ADAB MENZIARAHI RAKAN :
1.
Ziarah dengan tujuan yang baik.
2.
Ziarah pada masa yang sesuai.
3.
Memberi salam kepada rakan Islam dan
ucap selamat kepada bukan Islam.
4.
Berpakaian sopan dan menutup aurat.
5.
Menjaga tingkah laku.
6.
Menjaga maruah diri dan keluarga.
7.
Memasuki rumah setelah mendapat
keizinan.
8.
Bermanis muka.
9.
Membawa buah tangan.
10.
Berbual perkara yang membawa faedah.
11.
Bersalaman dan meminta izin ketika
hendak pulang.
ADAB MENZIARAHI ORANG TUA :
1.
Menziarahi mereka pada masa yang
sesuai.
2.
Memberi salam kepada orang Islam dan
ucap selamat kepada bukan Islam.
3.
Bersalaman dan bertanya khabar.
4.
Menggunakan panggilan yang sesuai
serta bersopan dalam percakapan dan perbualan.
5.
Membawa buah tangan.
6.
Merendahkan suara.
7.
Bermanis muka.
8.
Tidak melakukan sesuatu yang
menyakiti hati mereka.
9.
Menunjukkan sifat mesra.
10.
Mendoakan kesejahteraan mereka.
Tahniah Kiah...
ReplyDeleteBlog yang ilmiah dan menarik..
Boleh layari blog saya pas ni dan beri komen sekali ye....(D20112055324.blogspot.com)
sorry ye... nape x guna scribd untuk jimatkan ruang... jangan mareee
ReplyDeleteRajinnya....nota yang panjang lebar dan dapat dikongsi bersama. Terima kasih.
ReplyDeleteSAYA SUKA WALAUPUN PANJANG LEBAR. TP ADA ISI DAN BOLEH DIKONGSI BERSAMA.. TERIMA KASIH
ReplyDelete